English

Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan bagi Tahun 2024

Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan (Financial Capability and Inclusion Demand Side Survey, FCI) merupakan kaji selidik merentas seksyen yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) setiap tiga tahun.

Kajian ini menilai tahap keupayaan kewangan rakyat Malaysia dengan mengukur tahap pengetahuan, tingkah laku dan sikap kewangan yang digunakan untuk membentuk Indeks Celik dan Keupayaan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial Literacy and Capability Index, MYFLIC).

Kaji selidik terkini yang dijalankan pada tahun 2024 telah diperluaskan bagi meliputi penilaian terhadap kesejahteraan kewangan dan celik kewangan digital.