Acara

Sertai pelbagai acara-acara hebat dengan aktiviti-aktiviti yang menceriakan, sesi pendidikan dan hadiah-hadiah menarik!

Acara akhir FLM2021

Mari sertai Acara Akhir FLM2021 bagi aktiviti-aktiviti pendidikan kewangan yang menceriakan dan menarik. Anda mempunyai peluang untuk memenangi cabutan bertuah dan pelbagai hadiah-hadiah yang menarik!

Mengenai Bulan Literasi Kewangan (FLM) 2021

Ringkasan FLM2021

Dianjurkan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan atau Financial Education Network (FEN), Bulan Literasi Kewangan atau “Financial Literacy Month” 2021 (FLM2021) dengan tema “Tentukan Hala Tuju Kewangan Anda: Jaga Diri dan Bertindak dengan Bijak” akan berlangsung pada 1 hingga 31 Oktober 2021. Program-program yang dianjurkan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga Malaysia.

Penganjuran FLM2021 adalah bertepatan pada masanya yang bertujuan untuk memberi panduan dan pendidikan kewangan bagi membantu individu menguruskan kewangan dalam waktu yang sukar ini serta membantu dalam proses pemulihan.

FLM2021 ini juga sesuai untuk semua peringkat usia. Pelbagai program akan diadakan seperti kuiz, webinar, permainan, pertandingan, pameran, Klinik Khidmat Nasihat Kewangan dan Klinik Perancangan Kewangan. Rebutlah peluang ini bagi memenangi baucar dalam talian melalui hadiah cabutan bertuah semasa anda menyertai program-program ini.

FLM memberi ruang bagi kita untuk menilai cara kita menguruskan wang dan berusaha untuk memperbaiki secara beransur-ansur. Pada bulan ini, ahli-ahli FEN, rakan usaha sama dan penggiat industri yang berkaitan akan bekerjasama dengan anda untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan, menguruskan hutang dan melindungi kewangan anda.

FLM2021 akan menyediakan satu platfom sesi secara bersemuka melalui Klinik Khidmat Nasihat Secara Maya (VFAC) untuk membantu anda berhubung secara langsung dengan bank anda. Ianya bertujuan untuk menyediakan nasihat kewangan kepada warga Malaysia, terutamanya kepada mereka yang sedang bergelut dengan masalah kewangan akibat daripada impak pandemik COVID-19.

Objektif FLM2021

Menyediakan satu platfom sehenti bagi khidmat nasihat kewangan

Meningkatkan tahap celik kewangan dan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia

Membantu rakyat Malaysia menerima maklumat dan sumber pengurusan kewangan

Memberi maklumat dan akses kepada program peningkatan kemahiran “upskilling” dan latihan semula “reskilling” untuk memberi peluang pekerjaan dan peluang menjana pendapatan kepada warga Malaysia

Kenapa anda harus menyertai?

BELAJAR

Menghadiri siri webinar mengenai pelbagai topik pendidikan kewangan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat, termasuk tempat kerja, keluarga, dan PMKS oleh ahli dan pakar-pakar industri. Berinteraksi dengan lebih daripada 30 peserta pempamer untuk mendapatkan nasihat, panduan, maklumat, perkhidmatan dan alat-alat berkenaan kewangan.

FAHAMI

Melalui penglibatan dalam program ini, anda mungkin akan mendapat inspirasi yang boleh membantu untuk memperkukuhkan pengurusan kewangan anda. Ini termasuk memahami konsep kewangan mengenai perlindungan, dan pengurusan hutang. Anda juga akan belajar untuk menangani masalah atau isu-isu berkenaan hal kewangan termasuk khidmat nasihat dan bantuan yang disediakan secara percuma.

BERTINDAK

Membuat penilaian diri, memperbaharui dan menetapkan semula matlamat kewangan anda bagi meningkatkan tahap kesejahteraan kewangan anda secara menyeluruh. Dapatkan bantuan awal dengan berbincang dengan bank anda mengenai sokongan dan bantuan yang tersedia untuk menangani cabaran kewangan anda dalam mempertingkatkan keyakinan dalam proses pemulihan.

Siapa yang harus hadir?

FLM2021 sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur:

  • Berpeluang mendapatkan maklumat dan panduan penting berkenaan pengurusan kewangan dan persaraan.
  • Menerima bantuan nasihat dan panduan dalam menangani masalah kewangan.
  • Mencari dan mendapatkan peluang dalam menjana pendapatan alternatif.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan kewangan yang menarik bagi kanak-kanak dan belia.

Apa yang anda boleh pelajari

Pada penghujung acara ini, pengunjung boleh:

  • Berbincang mengenai situasi kewangan untuk membuat keputusan kewangan dengan lebih baik.

  • Memahami konsep asas pengurusan kewangan berdasarkan pengetahuan dan sumber yang bersesuaian
  • Bantuan melalui nasihat dan panduan mengenai kewangan daripada platform yang tepat apabila berhadapan dengan perubahan keadaan kewangan.
  • Memilih produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai berdasarkan keperluan dan kemampuan anda.
  • Menentukan matlamat jangka panjang dalam mencapai kebebasan dan daya tahan kewangan yang kukuh.
X