#FikirDuluSebelumTap
Pembayaran digital melalui e-dompet, kod QR, kad debit atau kredit dan kaedah pembayaran Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) kini menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Walaupun lebih cepat dan mudah, kita masih perlu berhati-hati dan berdisiplin dengan penggunaannya. Jika kita tidak mengurus kewangan dengan berhemat, kita mungkin akan berbelanja secara impulsif dan berlebihan. Akibatnya kita mungkin akan terjerat dengan beban hutang.
MDS5.0 ialah pertandingan video pendek anjuran Financial Education Network (FEN) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pembayaran tanpa beban atau ‘painless payment’ dalam kalangan belia.
Dengan tema pertandingan “Bayar Tanpa Beban: Belanja Berhemat”, jom jadi pempengaruh rakan sebaya dan ahli keluarga dengan berkongsi tentang kepentingan berbelanja secara berhemat apabila menggunakan pembayaran digital. Inilah peluang untuk anda tunjukkan bakat dan serlahkan kreativiti melalui sebuah kisah yang mampu menyentuh hati serta membuka minda rakyat Malaysia tentang kebaikan dan risiko daripada pembayaran digital.
Tempat Pertama
RM8,000
Tempat Kedua
RM5,000
Tempat Ketiga
RM3,000
10x Hadiah
Saguhati
RM1,000
Anugerah Universiti/Institusi
dengan Penyertaan Terbanyak*
RM5,000
*Dengan sekurang-kurangnya satu penyertaan disenarai pendek dalam 30 penyertaan teratas
Anugerah
Pilihan Penonton
RM2,000
Boleh Ke
Saya Sertai?
Anda boleh menyertai Pertandingan MDS5.0 jika anda pelajar berusia 18-30 tahun daripada:
- Institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi
- Institut Pendidikan Guru Malaysia
- Institusi TVET di bawah Majlis TVET Negara. Ini termasuk Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) serta institusi TVET dan MARA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Hantar video anda selewat-lewatnya pada 21 Mei 2025
22 MAC 2025
Penghantaran
Video Bermula
11.59pm
18 APRIL 2025
Pendaftaran
Ditutup
11.59pm
21 MEI 2025
Penghantaran
Video Ditutup
11.59pm
Dapatkan inspirasi anda di sini !
Ada pengalaman sendiri atau pemerhatian anda tentang ‘pembayaran tanpa beban’ atau ‘painless payment’ yang ingin dikongsi? Jadikan itu sebuah inspirasi video MyDuitStory anda! Jangan lupa sertakan tip pengurusan kewangan dalam era pembayaran digital dalam kisah anda.
Contoh: kongsikan tip untuk mengelak daripada berbelanja dalam talian secara berlebihan, perbezaan antara ‘keperluan’ dan ‘kehendak’, atau panduan menggunakan kaedah BNPL dengan bertanggungjawab.
Kami kongsikan beberapa cadangan sebagai inspirasi buat anda!
Apakah itu pembayaran digital?
Ketahui pelbagai jenis pembayaran digital yang sedia ada.
BNPL vs Kad Kredit
Apakah perbezaannya? Bagaimana saya boleh memanfaatkan BNPL untuk perbelanjaan saya?
Apakah Pendapat Pengguna Tentang Pembayaran Digital?
Ketahui mengapa semakin ramai pengguna di Malaysia memilih pembayaran digital dalam artikel ini.
Mengapakah penting untuk kita mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam penggunaan pembayaran digital?
Apakah risiko yang timbul akibat berbelanja secara berlebihan dalam talian?
Apa yang bakal terjadi jika kita terlalu bergantung dengan BNPL untuk perbelanjaan harian atau ‘kehendak’?
Bagaimana cara untuk mengawal perbelanjaan dalam talian agar tidak berlebihan?
Ciri-Ciri Video
Yang Hebat!
Untuk menghasilkan video yang boleh
meninggalkan kesan kepada penonton, pastikan:
- Mesej anda jelas dan padat
- Mempunyai visual yang menarik
- Mempunyai elemen yang bermain dengan emosi
- Penggunaan muzik yang sesuai
- Disertai Call-to-Action yang berkesan
Pastikan anda menggunakan fakta yang betul daripada sumber-sumber sahih seperti:
- Financial Education Network
- Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit (AKPK)
- Bank Negara Malaysia
Tetapkan objektif video anda, kenal pasti topik yang ingin diterokai, gunakan imaginasi dan pengalaman, serta jadilah pencerita yang berjaya mencengkam emosi penonton!
Jangan Layan
Pemenang Tempat Pertama
Dunia kini penuh canggih, namun ada yang menyalahgunakannya untuk menipu,
terutama dalam pelaburan. Video ini mengisahkan Ghaz yang insaf selepas ibunya
menjadi mangsa penipuan pelaburan. Sekarang, dia sedang berusaha untuk
menghentikan rakannya, Borhan dari terus menipu orang ramai.
Nothing is Instant
Pemenang Tempat Kedua
Seorang penipu yakin dia bakal meraih keuntungan besar, namun rancangannya musnah apabila mangsanya lebih bijak dan berwaspada dengan penipuan pelaburan. Dalam pertempuran intelektual ini, siapakah yang akan muncul
sebagai pemenang?
Money Runaround
Pemenang Tempat Ketiga
Ringgit Runaround mengisahkan Ryan, seorang pelajar universiti yang boros berbelanja menggunakan wang keluarga. Ketika leka membeli-belah dalam talian, dia tergoda oleh iklan skim cepat kaya tanpa menyedari ia perangkap scammer. Dengan satu klik, data peribadinya terdedah.Apa yang akan terjadi seterusnya? Mampukah Ryan menyelamatkan diri?



