Pendaftaran dibuka sehingga 29 Mei 2026, 11:59 malam

Kita semua hidup dalam dunia yang serba pantas dan penuh dengan media sosial. Setiap hari, kita scroll trend baharu, tengok apa yang tengah viral dan kadang-kadang tertunggu-tunggu berapa banyak ‘Likes’ yang kita dapat. Tanpa sedar, semua ini boleh buat kita rasa tercicir, gelisah atau rasa “kurang” bila tengok orang lain nampak lebih hebat. Inilah yang dipanggil FOMO (Fear of Missing Out) iaitu perasaan takut tertinggal yang boleh mendorong kita buat keputusan tergesa-gesa, termasuklah berbelanja lebih daripada kemampuan hanya untuk nampak setanding dengan orang lain

Sebaliknya, JOMO (Joy of Missing Out) mengajar kita untuk memilih gaya hidup yang lebih tenang dan bahagia serta menikmati hidup tanpa perlu berlumba mengikut trend. Dengan JOMO, kita lebih fokus pada kesejahteraan diri dan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak — bukan kerana tekanan media sosial tetapi kerana kita tahu setiap keputusan kewangan yang kita ambil adalah demi masa depan kewangan kita

Tema FOMO dan JOMO inilah yang menjadi fokus utama MyDuitStory 6.0 (MDS 6.0) anjuran Financial Education Network (FEN), sebuah pertandingan video pendek untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana tingkah laku ini mempengaruhi cara belia mengurus wang

MDS 6.0 menyediakan platform untuk anda berkongsi kisah yang memberi inspirasi sambil menyedarkan rakan sebaya dan masyarakat tentang kepentingan memahami apa itu FOMO dan JOMO supaya dapat memilih gaya hidup yang memberi manfaat kepada anda

Jadi, ambil peluang ini! Serlahkan kreativiti dan hasilkan video yang mampu memberi inspirasi tentang pentingnya mengurus FOMO dan meraikan JOMO dalam setiap pilihan yang kita buat

10x Hadiah Saguhati

RM1,000

*Untuk setiap pemenang

Anugerah Universiti/Institusi
dengan Penyertaan Terbanyak*

RM5,000

*Dengan sekurang-kurangnya satu penyertaan disenarai pendek dalam 30 penyertaan teratas

Anugerah
Pilihan Penonton

RM2,000

*Berdasarkan jumlah ‘Likes’ terbanyak di Facebook, TikTok dan YouTube Financial Education Network (FEN)

10x Hadiah Saguhati

RM1000

*Untuk setiap pemenang

Anugerah Pilihan Penonton

RM2000

*Berdasarkan jumlah ‘Likes’ terbanyak di Facebook, TikTok dan YouTube Financial Education Network (FEN)

Anugerah Universiti/Institusi dengan Penyertaan Terbanyak*

RM5000

*Dengan sekurang-kurangnya satu penyertaan disenarai pendek dalam 30 penyertaan teratas

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

20 APRIL 2026

Penghantaran
Video Bermula

29 MEI 2026

Pendaftaran
Ditutup

8 JUN 2026

Penghantaran
Video Ditutup

20 APRIL 2026

Penghantaran
Video Bermula

29 MEI 2026

Pendaftaran
Ditutup

8 JUN 2026

Penghantaran
Video Ditutup

LANGKAH 1

Hasilkan video karya anda yang berdurasi 3-5 minit

LANGKAH 2

Muat naik video anda ke YouTube, dan pastikan video anda ‘unlisted’

LANGKAH 3

Pastikan video anda mempunyai Tajuk dan Sinopsis ringkas sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, tidak melebihi 300 patah perkataan

LANGKAH 4

Dah bersedia untuk hantar video anda? Pastikan butiran nama, emel dan nombor telefon yang anda gunakan untuk penghantaran video sama dengan butiran yang telah anda daftarkan. Jangan lupa isikan pautan Youtube Video anda juga

Lengkapkan maklumat yang diperlukan di bawah

MDS6. Submission Form

Jenis Penghantaran(Required)

BOLEH KE SAYA SERTAI?

Anda boleh menyertai MDS 6.0 jika anda pelajar
berusia 18-30 tahun daripada:

  • Institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti)
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan
  • Institusi TVET di bawah Majlis TVET Negara. Ini termasuk Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta institusi TVET dan MARA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

(Rujuk lampiran senarai institusi TVET di Terma dan Syarat MDS 6.0)

Untuk ketahui lebih lanjut, baca terma dan syarat di sini

SUMBER INSPIRASI ANDA BERMULA DISINI!

Ada pengalaman atau perspektif tersendiri mengenai gaya hidup FOMO dan JOMO yang anda ingin kongsikan? Ayuh jadikan ia inspirasi karya MDS 6.0 anda! Gabungkan idea tersebut dengan tip pengurusan kewangan dalam video anda. Berikut kami sediakan beberapa artikel untuk membantu anda lebih memahami tentang FOMO dan JOMO

Sebagai contoh, FOMO boleh membawa kepada pembelian impulsif dan penggunaan BNPL semata-mata untuk mengikut trend semasa, yang akhirnya menyebabkan hutang menimbun dan tekanan kewangan. Sebaliknya, memilih JOMO membantu kita membina masa depan kewangan yang lebih kukuh, contohnya membina dana kecemasan, menambah simpanan atau mula melabur

Keperluan VS Kehendak

Kenal pasti perbezaan antara keperluan dan kehendak

Elak FOMO Dalam Keputusan Kewangan

Tips praktikal untuk seimbangkan kesejahteraan kewangan dengan tekanan sosial

Anak Muda Perlu "JOMO" Bukan "FOMO"

Fahami kenapa JOMO adalah trend yang lebih baik untuk pengurusan kewangan kita berbanding FOMO

Keperluan VS Kehendak

Kenal pasti perbezaan antara keperluan dan kehendak

Elak FOMO Dalam Keputusan Kewangan

Tips praktikal untuk seimbangkan kesejahteraan kewangan dengan tekanan sosial

Anak Muda Perlu "JOMO" Bukan "FOMO"

Fahami kenapa JOMO adalah trend yang lebih baik untuk pengurusan kewangan kita berbanding FOMO

LUANGKAN MASA UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN INI

Mana tahu, kalau ia boleh memberikan inspirasi?

Kenapa anda rasa perlu untuk ikuti trend semasa?

Bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dengan perubahan trend dan gaya hidup yang sentiasa berubah agar kita tidak FOMO?

Bagaimana nak mengurus FOMO dan JOMO untuk kesejahteraan kewangan anda?

Bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dengan gaya hidup JOMO?

KRITERIA VIDEO YANG HEBAT!

Nak hasikan video yang boleh meninggalkan kesan kepada penonton? Pastikan:

  • Mesej anda jelas, padat dan bermakna
  • Ada visual menarik
  • Ada elemen yang bermain dengan emosi
  • Penggunaan muzik yang sesuai
  • ‘Call-to-Action’ yang berkesan

Gunakan fakta yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti:

Kenal pasti mesej utama, dan berceritalah dengan cara dan gaya yang tersendiri. Gabungkan perspektif, pengalaman dan imaginasi untuk mewarnai video karya anda, dan biarkan video karya anda menyentuh hati serta mencetuskan inspirasi untuk menyampaikan mesej tentang FOMO dan MOJO dengan lebih baik!

Ah Kaw Vs Ah Lee

Pemenang Tempat Pertama

Ah Kaw dan Ah Lee merupakan pengguna kemudahan BNPL. Dalam dunia rekaan 3D ini, ikuti perjalanan Ah Kaw yang cuai dalam pengurusan BNPL serta Ah Lee yang lebih berdisiplin, dan bagaimana akhirnya Ah Kaw terpaksa menanggung akibat perbelanjaannya yang tidak bertanggungjawab sementara Ah Lee menikmati kehidupan yang lebih terjamin.

Pisau

Pemenang Tempat Kedua

Akmal, seorang pemuda yang dalam fasa awal alam pekerjaan, terbuai dalam euforia gaji bulanan yang diterima. Di sebalik nasihat ayah agar berjimat dan utamakan keperluan, Akmal memilih untuk berbelanja sesuka hati melalui pelbagai kemudahan kewangan. Segalanya terasa indah sehinggalah satu panggilan telefon merubah segalanya.

Belanja Berhemat

Pemenang Tempat Ketiga

Ben ingin berbelanja di aplikasi e-dagang, namun duitnya pula tidak cukup. BNPL menjadi solusinya, namun adakah ianya pilihan yang bijak? Ayuh selami kecelaruan pendirian Ben dalam aktiviti harian pembelian atas taliannya dengan muzik!

“Siapakah yang layak menyertai Pertandingan Video Pendek MyDuitStory 6.0 (MDS 6.0)?”

  • Institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti)
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan
  • Institusi TVET di bawah Majlis TVET Negara. Ini termasuk Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta institusi TVET dan MARA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) (rujuk lampiran Terma dan Syarat MDS 6.0)

“Bolehkah penyertaan dilakukan secara berkumpulan?”

Boleh! Pelajar boleh menyertai secara individu atau berkumpulan dengan maksimum empat orang ahli, termasuk Ketua Kumpulan tetapi tidak termasuk pelakon

“Apakah kriteria penjurian untuk pertandingan ini?”

Penjurian mengambil kira tema dan mesej utama video (40 markah), kreativiti dan keaslian karya (30 markah), serta pengurusan teknikal (30 markah)

“Apakah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang?”

Hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM33,000 menanti para pemenang. RM8,000 untuk tempat pertama, RM5,000 untuk tempat kedua, RM3,000 untuk tempat ketiga, dan hadiah saguhati RM1,000 untuk setiap 10 pemenang

Pemenang Anugerah Universiti/Institusi dengan Penyertaan Terbanyak pula akan memenangi RM5,000, manakala pemenang Anugerah Pilihan Penonton dengan jumlah ‘Likes’ terbanyak di Facebook dan TikTok FEN akan memenangi RM2,000

“Apakah yang perlu saya lakukan jika saya ada pertanyaan lanjut?”

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hantarkan emel berserta soalan anda ke [email protected]

P.S. – Jangan lupa untuk ikuti FEN di Facebook, Instagram dan TikTok untuk maklumat terkini MDS 6.0