English

#MyDuitStory sudah kembali!

Imaginasi. Kreativiti. Inspirasi

Dengar cerita mereka. Ambil kamera anda. Reka cerita duit anda.

Topik #MyDuitStory3.0

Apakah cerita duit anda? Cerita anda perlu meliputi topik pengurusan risiko kewangan.
Ia boleh diselitkan sebagai tips, petua kewangan atau sebagai pengajaran.
Berikut kami sediakan beberapa cadangan untuk membangkitkan imaginasi anda.

TINGKATKAN KESEDARAN

Langkah pertama untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan ialah mengenalpasti modus operandi terkini dan pelbagai jenis penipuan kewangan.

 

POTENSI RISIKO

Sama ada jangka pendek atau panjang, nilai dan nyatakan kemungkinan kerugian kewangan yang mungkin menjejaskan kehidupan seseorang.

 

KEPENTINGAN SENTIASA BERWASPADA

Serlahkan setiap cara kawalan kerosakan yang boleh membantu mengurangkan kerugian kewangan mereka. Berikan mereka nasihat tentang butiran penting yang diperlukan sebelum membuat laporan.

Rancang Kandungan
Video Anda!

Jom sebarkan kesedaran tentang penipuan kewangan terkini dan cara mengelak daripada menjadi mangsa.

Fikir di luar kotak!

Ada imaginasi yang hebat?
Kongsi cerita duit anda dengan semua!

Gunakan kreativiti anda!

Gariskan sasaran anda, kenal pasti topik, gunakan kuasa emosi, jadilah pencerita dan bermaklumat!

Langkah-langkah mudah untuk kandungan video anda!

Tips untuk membuat video menonjol adalah dengan memastikan anda mendapat fakta yang betul. Buat kajian anda. Berhubung dengan rakan anda yang mempelajari subjek berkaitan. 
Dapatkan maklumat terkini daripada sumber yang dicadangkan di bawah.

Tips #1
Tips #2
Tips #3
Tips #4

Financial Education Network

X