Bahasa Melayu

#FikirDuluSebelumTap

Pembayaran digital melalui e-dompet, kod QR, kad debit atau kredit dan kaedah pembayaran Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) kini menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Walaupun lebih cepat dan mudah, kita masih perlu berhati-hati dan berdisiplin dengan penggunaannya. Jika kita tidak mengurus kewangan dengan berhemat, kita mungkin akan berbelanja secara impulsif dan berlebihan. Akibatnya kita mungkin akan terjerat dengan beban hutang.

MDS5.0 ialah pertandingan video pendek anjuran Financial Education Network (FEN) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pembayaran tanpa beban atau ‘painless payment’ dalam kalangan belia.

Dengan tema pertandingan “Bayar Tanpa Beban: Belanja Berhemat”, jom jadi pempengaruh rakan sebaya dan ahli keluarga dengan berkongsi tentang kepentingan berbelanja secara berhemat apabila menggunakan pembayaran digital. Inilah peluang untuk anda tunjukkan bakat dan serlahkan kreativiti melalui sebuah kisah yang mampu menyentuh hati serta membuka minda rakyat Malaysia tentang kebaikan dan risiko daripada pembayaran digital.

Tempat Pertama

RM8,000

Tempat Kedua

RM5,000

Tempat Ketiga

RM3,000

10x Hadiah
Saguhati

RM1,000

Anugerah Universiti/Institusi
dengan Penyertaan Terbanyak*

RM5,000

*Dengan sekurang-kurangnya satu penyertaan disenarai pendek dalam 30 penyertaan teratas

Anugerah
Pilihan Penonton

RM2,000

Boleh Ke

Saya Sertai?

Anda boleh menyertai Pertandingan MDS5.0 jika anda pelajar berusia 18-30 tahun daripada:

  • Institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia
  • Institusi TVET di bawah Majlis TVET Negara. Ini termasuk Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) serta institusi TVET dan MARA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
(Rujuk lampiran senarai institusi TVET di Terma dan Syarat MDS5.0)

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Hantar video anda selewat-lewatnya pada 21 Mei 2025

22 MAC 2025

Penghantaran
Video Bermula

11.59pm

18 APRIL 2025

Pendaftaran
Ditutup

11.59pm

21 MEI 2025

Penghantaran
Video Ditutup

11.59pm

Dapatkan inspirasi anda di sini !

Ada pengalaman sendiri atau pemerhatian anda tentang ‘pembayaran tanpa beban’ atau ‘painless payment’ yang ingin dikongsi? Jadikan itu sebuah inspirasi video MyDuitStory anda! Jangan lupa sertakan tip pengurusan kewangan dalam era pembayaran digital dalam kisah anda.

Contoh: kongsikan tip untuk mengelak daripada berbelanja dalam talian secara berlebihan, perbezaan antara ‘keperluan’ dan ‘kehendak’, atau panduan menggunakan kaedah BNPL dengan bertanggungjawab.

Kami kongsikan beberapa cadangan sebagai inspirasi buat anda!

Apakah itu pembayaran digital?

Ketahui pelbagai jenis pembayaran digital yang sedia ada.

BNPL vs Kad Kredit

Apakah perbezaannya? Bagaimana saya boleh memanfaatkan BNPL untuk perbelanjaan saya?

Apakah Pendapat Pengguna Tentang Pembayaran Digital?

Ketahui mengapa semakin ramai pengguna di Malaysia memilih pembayaran digital dalam artikel ini.

Mengapakah penting untuk kita mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam penggunaan pembayaran digital?
Apakah risiko yang timbul akibat berbelanja secara berlebihan dalam talian?
Apa yang bakal terjadi jika kita terlalu bergantung dengan BNPL untuk perbelanjaan harian atau ‘kehendak’?
Bagaimana cara untuk mengawal perbelanjaan dalam talian agar tidak berlebihan?

Ciri-Ciri Video

Yang Hebat!

Untuk menghasilkan video yang boleh
meninggalkan kesan kepada penonton, pastikan:

  • Mesej anda jelas dan padat
  • Mempunyai visual yang menarik
  • Mempunyai elemen yang bermain dengan emosi
  • Penggunaan muzik yang sesuai
  • Disertai Call-to-Action yang berkesan

Pastikan anda menggunakan fakta yang betul daripada sumber-sumber sahih seperti:

  • Financial Education Network
  • Agensi Kaunseling dan Pengurusan
    Kredit (AKPK)
  • Bank Negara Malaysia

Tetapkan objektif video anda, kenal pasti topik yang ingin diterokai, gunakan imaginasi dan pengalaman, serta jadilah pencerita yang berjaya mencengkam emosi penonton!

Jangan Layan

Pemenang Tempat Pertama

Dunia kini penuh canggih, namun ada yang menyalahgunakannya untuk menipu,
terutama dalam pelaburan. Video ini mengisahkan Ghaz yang insaf selepas ibunya
menjadi mangsa penipuan pelaburan. Sekarang, dia sedang berusaha untuk
menghentikan rakannya, Borhan dari terus menipu orang ramai.

Nothing is Instant

Pemenang Tempat Kedua

Seorang penipu yakin dia bakal meraih keuntungan besar, namun rancangannya musnah apabila mangsanya lebih bijak dan berwaspada dengan penipuan pelaburan. Dalam pertempuran intelektual ini, siapakah yang akan muncul
sebagai pemenang?

Money Runaround

Pemenang Tempat Ketiga

Ringgit Runaround mengisahkan Ryan, seorang pelajar universiti yang boros berbelanja menggunakan wang keluarga. Ketika leka membeli-belah dalam talian, dia tergoda oleh iklan skim cepat kaya tanpa menyedari ia perangkap scammer. Dengan satu klik, data peribadinya terdedah.Apa yang akan terjadi seterusnya? Mampukah Ryan menyelamatkan diri?