English

Jaringan Pendidikan Kewangan
(FEN)

Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) merupakan satu platform antara agensi yang terdiri daripada institusi dan agensi yang komited untuk meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia.

FEN memanfaatkan sumber dan kepakaran ahlinya untuk menyelaras, bekerjasama dan secara kolektif memacu usaha menggalakkan inisiatif pendidikan kewangan yang berkesan kepada rakyat Malaysia.

FEN akan bekerjasama dengan agensi kerajaan, persatuan industri, institusi, kumpulan pengguna dan pihak berkepentingan utama lain yang berkaitan untuk melaksanakan, memantau dan mengukur keberkesanan inisiatif pendidikan kewangan di bawah Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (2019-2023).

FEN menerima pakai kerangka kerja tadbir urus dua peringkat untuk memacu inisiatif Strategi Kebangsaan.

Jawatankuasa Pemandu Antara Agensi Peringkat Tinggi atau High Level Inter-Agency Steering Committee (HLSC) menyediakan hala tuju strategik dan memantau perumusan dan pelaksanaan Strategi Kebangsaan

Kumpulan Peringkat Kerja, iaitu jawatankuasa kecil yang memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan bagi setiap Strategi Utama dan melaporkan perkembangan dan hasil pelaksanaan kepada HLSC

Ahli FEN

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan bagi Malaysia

2019-2023

FEN telah merumuskan dan memperkenalkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 pada Julai 2019 untuk meningkatkan literasi kewangan dan menggalakkan tabiat kewangan yang bertanggungjawab serta sikap pengurusan kewangan yang wajar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Strategi Kebangsaan menggariskan keutamaan strategi dan pelan tindakan untuk: 

  • Menyemai nilai-nilai murni sejak usia muda
  • Meningkatkan akses orang ramai kepada maklumat, alat kewangan serta sumber berkaitan pengurusan kewangan
  • Memupuk tabiat kewangan yang positif dalam kalangan kumpulan sasaran
  • Memantapkan perancangan kewangan jangka panjang dan persaraan
  • Mengumpul dan melindungi kekayaan

Dapatkan salinan Strategi Kebangsaan di bawah:

Muat turun siaran akhbar:

Filem Pendek FEN

Bijak Wang Bersama Tun Dr. Mahathir

Strategi Kebangsaan menggariskan keutamaan strategi utama dan pelan tindakan untuk mempersiapkan rakyat Malaysia dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kewangan. Strategi ini bertujuan supaya mereka boleh membuat keputusan kewangan yang bijak dengan maklumat yang mencukupi dan dapat memupuk amalan pengurusan kewangan yang mantap.