English

Webinar Literasi Kewangan

Rakaman sesi #1 webinar boleh ditonton di bawah atau melalui pautan ini:
https://vimeo.com/571171306

Tip Penting:

  • Kepentingan membuat persediaan untuk menghadapi peristiwa yang tidak dijangka seperti tabungan waktu kecemasan, merancang kewangan untuk persaraan dan menjadi celik wang.
  • Mengamalkan konsep 4A untuk memperkukuhkan keadaan kewangan – Acknowledge, Analyse, Action and AKPK.
  • Bantuan daripada institusi perbankan dan AKPK sentiasa tersedia walaupun selepas tempoh moratorium tamat.

Rakaman sesi #2 webinar boleh ditonton di bawah atau melalui pautan ini:
https://vimeo.com/571171297

Tip Penting:

  • Setiap individu boleh mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemat seperti mendahulukan simpanan dan mempraktikkan penangguhan kehendak (delayed gratification).
  • Strategi untuk menguruskan hutang dan mengurangkan kos pinjaman termasuk kaedah snowball dan debt consolidation.
  • Bincang dan rancang perkara yang berkaitan dengan kewangan peribadi dan pengurusan wang bersama-sama pasangan dan keluarga.

Rakaman sesi #3 webinar boleh ditonton di bawah atau melalui pautan ini:
https://vimeo.com/571171298

Tip Penting:

  • Perlindungan insurans/takaful merupakan bahagian penting dalam pengurusan risiko kewangan peribadi.
  • Dapatkan pelan insurans/takaful pada usia muda, utamakan usaha untuk mendapatkan pelan perlindungan terlebih dahulu dan tambah perlindungan berdasarkan situasi peribadi.
  • Perlindungan Tenang merupakan pilihan insurans /takaful yang berpatutan.
  • Bincang dengan syarikat insurans / pengendali takaful sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk memenuhi komitmen premium/sumbangan.