Inisiatif Ahli FEN

Ruang Bicara Bersama FEN

Kesedaran Kewangan semasa PKP

MyDuitStory

BNM telah menjalankan Kempen #MyDuitStory dari 1 April 2020 sehingga 30 Jun 2020 melalui platform media sosial dengan tujuan untuk berkongsi kisah-kisah positif mengenai pengurusan kewangan peribadi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kempen ini telah menarik perhatian sebanyak 161,263 pengunjung. Terdapat 129 kisah individu mengenai pengalaman dan petua berguna yang berkaitan dengan kewangan juga telah dikongsikan bersama.

Karnival Kewangan oleh BNM

Karnival Kewangan merupakan sebahagian daripada penglibatan dan interaksi BNM ke seluruh negara sejak 2017 untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai produk dan perkhidmatan kewangan, literasi kewangan dan memperkukuh kemampuan pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat setempat.

Dengan tema ” Utamakan Keperluan Kewangan Anda” dan konsep edutainment, Karnival Kewangan menghimpunkan institusi kewangan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta memberikan khidmat nasihat mengenai hal ehwal kewangan dan akses kepada pembiayaan. Sesi bual santai mengenai topik seperti pembiayaan PKS, penipuan kewangan, pengurusan hutang yang berkesan dan perlindungan insurans/takaful juga diadakan untuk pengunjung. Terdapat juga aktiviti interaktif seperti Financial Treasure Hunt.

Karnival Kewangan telah diadakan pada:

  • Perlis, 28 – 29 September 2019
  • Sandakan 12 – 13 Oktober 2019

Pendidikan Pelaburan oleh PNB

Melabur dengan bijak – Maksimumkan Dividen ASB Dengan Kuasa Kompaun

Bagaimana Saham Amanah Boleh Membantu Anda?

Pendidikan Kewangan oleh KWSP