Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan bagi Tahun 2021

Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan (Financial Capability and Inclusion Demand Side Survey, FCI) merupakan kaji selidik merentas seksyen yang dijalankan oleh Bank setiap tiga tahun.1 Kajian ini menilai tahap keupayaan kewangan rakyat Malaysia dengan mengukur tahap pengetahuan, tingkah laku dan sikap kewangan yang digunakan untuk membentuk Indeks Celik dan Keupayaan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial Literacy and Capability Index, MYFLIC).

Kaji selidik terkini telah dijalankan pada suku keempat tahun 2021. Kaji selidik ini mencerminkan kesan pandemik COVID-19, seterusnya memberikan pemahaman tambahan tentang keadaan
kewangan isi rumah rakyat Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keupayaan kewangan ketika negara mula pulih daripada kesan pandemik.

Baca laporan penuh di sini.