Inisiatif Ahli FEN
Modul Pengintegrasian Elemen Pendidikan Kewangan Sekolah Rendah
Modul Pengintegrasian Elemen Pendidikan Kewangan Sekolah Rendah dirangka oleh Kementerian Pendidikan bagi membentuk murid yang celik kewangan sejak usia muda melalui penerapan nilai, pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Modul ini merangkumi enam elemen Celik Kewangan (CK):
- CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
- CK2: Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan
- CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan
- CK4: Simpanan dan Pelaburan
- CK5: Pengurusan Kredit dan Hutang
- CK6: Pengurusan Risiko
Melalui modul ini, murid dibimbing untuk membuat keputusan kewangan yang bijak, beretika dan bertanggungjawab demi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.
Video Pemenang Pertandingan Video MyDuitStory5.0
Karnival Celik Kewangan oleh BNM
Karnival Celik Kewangan merupakan sebahagian daripada penglibatan dan interaksi BNM ke seluruh negara sejak 2017 untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai produk dan perkhidmatan kewangan, literasi kewangan dan memperkukuh kemampuan pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat setempat.
Dengan tema ” Utamakan Keperluan Kewangan Anda” dan konsep edutainment, Karnival Kewangan menghimpunkan institusi kewangan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta memberikan khidmat nasihat mengenai hal ehwal kewangan dan akses kepada pembiayaan. Sesi bual santai mengenai topik seperti pembiayaan PKS, penipuan kewangan, pengurusan hutang yang berkesan dan perlindungan insurans/takaful juga diadakan untuk pengunjung. Terdapat juga aktiviti interaktif seperti Financial Treasure Hunt.
Karnival Celik Kewangan yang terkini telah diadakan pada:
- Tawau – Julai 2025




