Fahami Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan dengan Mudah
Inisiatif oleh FEN

Apakah produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (medical and health insurance/takaful, MHIT)?

Produk MHIT memberi perlindungan terhadap kos perubatan seperti kemasukan ke hospital, ubat-ubatan, rawatan dan bayaran pampasan untuk penyakit kritikal, sama ada melalui tuntutan, bayaran sekali gus atau elaun kemasukan ke hospital.

Dengan MHIT, kos perubatan anda akan ditanggung sehingga had tertentu, melindungi anda daripada perbelanjaan perubatan yang tinggi dan tidak dijangka.

Insurans premium* yang dibayar akan dikumpulkan untuk menampung kos perubatan pemegang polisi.

Premium anda mungkin disemak semula secara tahunan menurut profil risiko individu seperti umur, sejarah perubatan, risiko pekerjaan dan faktor gaya hidup, dengan mengambil kira perubahan dalam kos rawatan perubatan. Pemegang polisi yang berisiko lebih tinggi akan membayar premium yang lebih tinggi untuk mencerminkan kebarangkalian dan jumlah tuntutan yang mungkin dibuat. Justeru itu, premium anda akan meningkat seiring dengan usia.
*Ataupun sumbangan takaful
Pengumpulan Risiko:
Premium anda akan dikumpulkan bersama dana pemegang polisi lain untuk membayar sebarang tuntutan. Jika jumlah tuntutan yang dibayar daripada dana tersebut melebihi jangkaan, premium untuk semua pemegang polisi mungkin meningkat, meskipun anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Penetapan Premium
Risiko rendah:
RM200/bulan
Risiko sederhana:
RM250/bulan
Risiko tinggi:
RM300/bulan

Pengumpulan Risiko:
Jumlah RM10,000 dalam kumpulan risiko berdasarkan jangkaan awal untuk kos tuntutan sebanyak RM9,000 dan RM1,000 untuk perbelanjaan lain

Jumlah pembayaran tuntutan daripada dana yang dikumpulkan mungkin melebihi RM10,000
Apa yang perlu saya lakukan sebelum membeli produk MHIT?
Kenali ABC pembelian produk MHIT:
Apa yang perlu saya pertimbangkan sebelum membeli produk MHIT?
Keadaan kewangan
- Berapakah peruntukan yang saya ada?
- Adakah saya mampu menanggung kenaikan premium pada masa hadapan?
- Adakah saya sudah mempunyai perlindungan MHIT daripada majikan saya?
Keadaan peribadi
- Adakah saya mempunyai tanggungan yang bergantung pada saya?
- Apakah perbelanjaan yang tidak mampu saya bayar sendiri dan perlu dilindungi oleh MHIT?
Sejarah perubatan
- Adakah saya mempunyai masalah kesihatan sedia ada?
- Bagaimana pula dengan sejarah perubatan keluarga saya?

Apa yang saya boleh jangkakan daripada ejen insurans/takaful saya?
Sediakan lembaran penzahiran produk (product disclosure sheet) dan butiran penting lain (seperti pilihan produk alternatif, fi dan caj) sebelum saya membeli produk MHIT
Terangkan dalam bahasa yang mudah, faktor-faktor utama yang mempengaruhi premium saya seperti inflasi kos perubatan dan peningkatan umur
Nasihatkan saya untuk membaca dan mempertimbangkan maklumat serta penjelasan yang diberikan
Berikan masa yang mencukupi untuk saya membaca dan memahami maklumat sebelum membuat pembelian
Apakah yang perlu saya tanya kepada ejen insurans/takaful saya?
Adakah produk MHIT ini sesuai dan memenuhi keperluan saya?
- Jenis-jenis produk MHIT
- Ciri-ciri utama seperti perlindungan, proses tuntutan, had dan lain-lain
Bagaimanakah premium saya akan berubah apabila usia saya semakin meningkat?
- Peningkatan premium mengikut kumpulan umur
- Inflasi perubatan
- Struktur pembayaran
- Tempoh menunggu
Ketahui 4 jenis produk MHIT utama
Kemasukan ke hospital dan pembedahan
Menanggung kos perubatan anda untuk kemasukan ke hospital atau pembedahan serta rawatan pesakit luar tertentu yang dilindungi
Penyakit kritikal
Memberikan manfaat pampasan sekali gus jika anda didiagnos dengan kondisi yang dilindungi. Kondisi yang dilindungi berbeza mengikut produk
Penjagaan jangka panjang
Termasuk manfaat penjagaan lanjutan seperti kos rumah penjagaan serta penjagaan untuk penyakit kronik dan kurang upaya
Pendapatan gantian hospital
Pampasan wang bagi setiap hari anda dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kecederaan yang dilindungi, tertakluk kepada jumlah hari yang ditetapkan
Pernah dengar produk MHIT dengan ciri pembayaran bersama?


Kenapa pilih ciri pembayaran bersama?
- Produk MHIT dengan ciri pembayaran bersama mempunyai premium yang lebih rendah berbanding dengan produk lain yang setara tanpa ciri ini.
- Kemungkinan pelarasan premium yang kurang kerap dan lebih rendah dalam jangka panjang kerana ciri ini menggalakkan penggunaan dan preskripsi perkhidmatan penjagaan kesihatan secara lebih bertanggungjawab.
- ITO mungkin mengetepikan bahagian pembayaran bersama anda dalam keadaan tertentu. Pastikan anda mengetahui syarat-syarat yang bermanfaat kepada anda ini!
Ketika membeli produk MHIT dengan ciri pembayaran bersama, anda perlu pertimbangkan sama ada anda mampu membayar bahagian anda dan sama ada anda mempunyai perlindungan alternatif, seperti perlindungan insurans daripada majikan anda. Pilihan anda perlu berdasarkan situasi kewangan dan kemampuan anda untuk membiayai bahagian perbelanjaan perubatan ini.
Baca dan fahamkan lembaran penzahiran produk (product disclosure sheet, PDS)
Apabila mempertimbangkan produk MHIT, anda perlu mengetahui dengan jelas apa yang anda akan beli. PDS akan membantu memberikan maklumat penting untuk memudahkan anda memilih produk MHIT yang sesuai dengan keperluan.
Ingat, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila bertanya ITO atau ejen anda — mereka akan membantu anda memahami produk dengan lebih baik. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan PDS. PDS mengandungi maklumat terperinci yang anda perlu pertimbangkan untuk membuat keputusan yang bijak. Luangkan masa untuk meneliti PDS dan memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Langkah dan tip praktikal untuk membantu anda membuat keputusan
Tinjau dan bandingkan pelbagai produk MHIT
Pertimbangkan ciri-ciri utama yang ditawarkan termasuk had perlindungan, manfaat yang dibayar, kebolehan untuk diperbaharui, pengecualian dan tempoh menunggu.
Ketahui kos dan buat pilihan dengan bijak
Selain premium, anda juga perlu membayar sebahagian daripada bil jika anda memilih produk dengan ciri pembayaran bersama. Semasa membandingkan produk, anda perlu mempertimbangkan jika anda mampu membayar premium dan membuat pembayaran bersama dalam jangka masa panjang.
Semak rangkaian penyedia perubatan
Semak senarai hospital panel dan cara mendapatkan rujukan, jika diperlukan.
Baca terma dan syarat
Pastikan anda membaca terma dan syarat dengan teliti. Fahami tempoh perlindungan polisi anda, cara memperbaharuinya, dan kaedah pembatalan atau mengubah polisi. Pastikan anda memahami butiran perlindungan dan penilaian kelayakan tuntutan oleh ITO, supaya anda faham tentang proses apabila tuntutan dibuat.
Apakah maklumat yang terdapat dalam lembaran penzahiran produk?
| Nama | Produk I | Produk II | Produk III |
|---|---|---|---|
| Premium tahunan | RM2,400 | RM1,800 | RM2,000 |
| Jenis pembayaran | Kemudahan tanpa tunai | Kemudahan tanpa tunai | Bayar dahulu, tuntut kemudian |
| Tempoh perlindungan | Sehingga umur 70 tahun | Sehingga umur 70 tahun | Sehingga umur 70 tahun |
| Pembayaran bersama | Tiada pembayaran bersama | Potongan RM500 setiap tahun polisi/sijil | 10% insurans/takaful bersama setiap tahun polisi/sijil |
| Had maksimum untuk bilik dan penginapan hospital | RM150 sehari | RM200 sehari | RM150 sehari |
| Perbelanjaan pembedahan | Seperti yang dicaj | ||
| Had tahunan | RM100,000 | RM80,000 | RM100,000 |
| Had sepanjang hayat | RM1,000,000 | RM800,000 | RM1,000,000 |
Nota: Jadual ini bertujuan sebagai panduan sahaja dan tidak merangkumi semua ciri produk insurans/takaful kemasukan ke hospital dan pembedahan. Sila rujuk ITO atau ejen anda untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan ciri-ciri produk yang ditawarkan dan rujuk kontrak polisi/sijil anda.

